Friday, 24 June 2011

Tuesday, 14 June 2011

i miss u~

saya tersangat2 rindukan awak..
awak pergi mana?
jangan pergi dari saya..
saya rindukan awak sangat2..
baru saya mengerti kehilangan awak lebih menyakitkan daripada keadaan sekarang ni..

i need you sayang..
awak buatlah jahat lagi..
xapa..
janji jangan pergi jauh dari saya..
saya xboleh hidup tanpa awak..

senyuman saya sekarang pun palsu sahaja..
gelak pun bagai dipaksa..
awak,hiburkanlah saya macam dahulu..
saya rindu..

mungkin saya dah terlambatkan untuk menambat hati awak semula..
tapi dalam hati saya,
hanya awak seorang sahaja yang bertakhta dihati..
sekadar luahan hati sahaja.

Monday, 13 June 2011

life must go on~

dah sampai masanya untukku meneruskan sisa2 kehidupan dengan tabah..
mungkin aku insan yang paling lemah pernah kau kenal..
tapi ku juga punya hati dan perasaan..
hatiku pernah kau ambil 
namun kini aku harap kau menjauh dariku..

kau lelaki terbaik pernah ku kenal..
tak ku sesalkan pertemuanku denganmu..
melalui kau aku mengenal erti hidup..
aku akan teruskan hidup tanpa kau..

kau kenanganku yang terindah namun
setakat ni sahaja yang ku mampu bertahan..
semoga kau bertemu kebahagiaan dengan insan lain..

akan ku bahagiakan diriku dengan cara sendiri~

the pain~

Ya Allah..
semoga kau tegarkan hatiku untuk melalui semua ni..

Dhamirah,
tolonglah lagi dua paper je..
jangan biarkan air mata kau mengalir lagi untuknya..
mungkin kau bijak menipu mereka dengan gelak tawamu
tapi tegarkah kau menyeksa hatimu sendiri?

awak,terima kasih atas segala2nya..
saya tak harapkan awak membacanya..
kisah kita mungkin dah berakhir..
cukuplah sampai sini sahaja..
saya tahu saya bodoh sebab menangis sebab awak..
awak berbahagialah dengan orang lain..
hati saya akan cuba melupakan kenangan2 kita..

setia?entahlah..

hati,awak menangis lagi ye?
kenapa awak sanggup tumpahkan air mata awak sebab dia?
hati,awak tahukan saya cintakan dia?
kenapa awak macam ni..
kenapa awak lemah sangat..
hati,saya dah xsanggup lagi nak hadapi semua ni..
kenapa dia buat awak macam ni..
kenapa dia seksa awak macam ni..

hati,kalau saya tahu ini yang akan terjadi
sumpah saya takkan lukakan awak sampai macam ni..
saya minta maaf,saya dah buat awak sakit..

cinta saya untuk dia membuatkan saya lupa bahawa awak pun terluka..
maafkan saya,hati..
mungkin benar apa yang awak rasakan..

sayang,kenapa awak mesti lukakan hati saya?
sampai hati awak..
saya sayang awak sangat2..
tapi ini yang saya dapat bila saya serahkan hati saya untuk awak..
apa salah saya awak?
salah ke saya terlalu percayakan awak selama ini?

saya pegang janji2 awak pada malam anniversary kita 
tapi awak langgar janji2 awak tu..
salah ke saya cuba memahami perasaan awak tapi akhirnya awak abai perasaan saya..

saya cuba jadi yang terbaik untuk awak..
saya baja cinta awak dalam hati saya setiap hari agar saya xberpaling untuk lelaki lain..
salah ke saya buat semua ni?

awak,saya rasa saya dah putus asa sangat2..
selama ni saya xdapat jadi yang terbaik untuk awak..
awak pergilah..
hati saya dah redha saya bukan tercipta untuk awak..
biarlah saya bawa dosa saya dan diri saya..
saya pernah buat salah dan memang padanlah saya tanggung dosa ni sampai bila2..

Sunday, 12 June 2011

exam mood~

i lost myself to my feeling..
i love you syg..
don't go far from my heart:(

setahun sudah..

setahun yang lalu,dia melamarku menjadi buah hatinya..
aku bersyukur tuhan,kau beri peluang untukku berkongsi hati dengan nya~

Happy anniversary Dhamirah..
kau dah berjaya harungi setahun ni walaupun dah banyak air mata kau melimpah untuk dia..
dah banyak benda yang korbankan untuk dia..

tapi hati,kau xpandai menipu..
mengapa rasa yang aku rasakan dulu makin sirna warnanya..
apa hatiku sudah berputus asa dengannya?

hati,aku tahu kau lebih memahami diriku..
ya,aku cintakan dia..
dan telah aku ikrarkan untuk menerimanya seadanya setahun yang lepas..
tapi mengapa kau merajuk hati?

aku tahu kau menangis mengenangkan dia..
mengapa dia berubah laku?apa aku ada membuat salah?
aku mengerti kekurangan diriku..
aku mengerti aku xsempurna untuk dia..
tapi sekurang-kurangnya aku mencuba..
mencuba menjadi yang terbaik untuk dirinya..
tapi mengapa sepi yang kurasakan kini?

bukan ku xperasan kau berubah laku kini..
aku cuba mengerti apa yang kau mahukan dalam hidup ni..
namun,aku xmampu menipu perasaan ku melihat kau menjauh dari ku..
mengapa kau menduga aku kini wahai kekasihku?

andai aku ada membuat salah,tegurlah aku..

tak ku pinta hadiah yang mahal darimu..
cuma sekadar sebuah pertemuan yang aku inginkan pada hari yang berbahagia ini..
tapi mengapa tidak kau tunaikan?
ah hati,berhentilah menangis..

mungkin kau akan katakan aku lemah..
tapi wahai kekasihku,tidakkah kau sedar air mataku ini sering mengalir keranamu..
tidak ku pinta kau memujuk diriku..
sekadar ku ingin kau memahami hatiku..
yang telah aku serahkan padamu untuk kau pelihara setahun yang lepas..

HAPPY ANNIVERSARY YANG PERTAMA wahai kekasihku..